Sunday, July 24, 2016

       Selamat Hari Raya    &  Maaf Zahir Dan Batin





Anyam ketupat sambil bernyanyi,
Bakar lemang bersama rakan,
Selamat menyambut Aidilfitri,
salah dan silap harap maafkan.





Mengadun kuih namanya Putu,
Sambil bergurau, tertawa lucu,
Tak lama lagi dapat menantu,
Selepas itu menimang cucu.





Presiden kami namanya Azman
Isteri tersayang nama Azura
Banyak busana mereka gayakan
Nampak manis ceria aura.




Ini ialah ketupat yang dianyam dengan sepenuh hati dan perasaan untuk santapan keluarga tersayang juga tetamu yang dinanti. Tahniah kepada yang mengambil inisiatif menganyam ketupat, disamping meneruskan tradisi, ianya juga lebih sedap berbanding ketupat segera. tetapi kehadiran ketupat segera tidak dapat disangkal banyak membantu didalam sambutan hari raya dewasa ini, mana taknya zaman FB dan Whatsapp ni, tetamu lebih ramai dari biasa, nak sambung menganyam tak sempat, Cadangan dari saya, ketupat yang dianyam tu  hias cantik-cantik atas meja atau gantung dahulu, Bila tetamu datang hidangkan dengan yang segera ( tapi tak lah segera sangat, kena rebus jugak kan.. kan..). Ketupat itu untuk kita dan keluarga kita sahaja, jangan lupa selfie dan wifi sebelum dihilangkan terus ya...(amalan zaman ini)