Friday, April 7, 2017

Ramadhan Semakin Hampir

Salam ukhwah sahabat tersayang, kalau dulu kita mengira masa untuk dewasa kini masa menghambat kita untuk kembali kepada illahi. Semoga ibadat semakin giat disamping mencari ilmu yg bermenafaat dan menaikkan nilai diri pada keluarga agama dan masyarakat. Ramadhan semakin hampir, namun hari raya yang kita fikirkan, semoga Ramadhan ini lebih baik dari yang lalu dan Allah menemukan kita dengan dambaan hati iaitu lailatul Qadr. Hendaknya.. Ramadhan ini kita berhemah dan tidak membazir dan memanjangkan umur kita untuk menyambutnya bersama... Marhaban ya Ramadhan...
Salam sayang.

Sunday, July 24, 2016

       Selamat Hari Raya    &  Maaf Zahir Dan Batin





Anyam ketupat sambil bernyanyi,
Bakar lemang bersama rakan,
Selamat menyambut Aidilfitri,
salah dan silap harap maafkan.





Mengadun kuih namanya Putu,
Sambil bergurau, tertawa lucu,
Tak lama lagi dapat menantu,
Selepas itu menimang cucu.





Presiden kami namanya Azman
Isteri tersayang nama Azura
Banyak busana mereka gayakan
Nampak manis ceria aura.




Ini ialah ketupat yang dianyam dengan sepenuh hati dan perasaan untuk santapan keluarga tersayang juga tetamu yang dinanti. Tahniah kepada yang mengambil inisiatif menganyam ketupat, disamping meneruskan tradisi, ianya juga lebih sedap berbanding ketupat segera. tetapi kehadiran ketupat segera tidak dapat disangkal banyak membantu didalam sambutan hari raya dewasa ini, mana taknya zaman FB dan Whatsapp ni, tetamu lebih ramai dari biasa, nak sambung menganyam tak sempat, Cadangan dari saya, ketupat yang dianyam tu  hias cantik-cantik atas meja atau gantung dahulu, Bila tetamu datang hidangkan dengan yang segera ( tapi tak lah segera sangat, kena rebus jugak kan.. kan..). Ketupat itu untuk kita dan keluarga kita sahaja, jangan lupa selfie dan wifi sebelum dihilangkan terus ya...(amalan zaman ini)

Tuesday, June 14, 2016

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

selamat menjalani ibadah puasa sahabat sekelian, semoga Allah menereima segala ibadah dan mengampunkan segala dosa-dosa dari kesilapan kita yang lampau. Marilah kita menguatkan ikatan ukhwah sesama kita.
BESERAH KUANTAN


Sunday, March 20, 2016

REUNION



Buat pertama kali kami bertemu semula selepas beberapa lama tidak dapat berhubung. Semuanya dipermudahkan dengan teknologi dan kemajuan. Tiba-tiba kami dapat bersama bercerita kembali dan mengimbas segala kenangan semasa berada di kota raya yang memperkenalkan kami kepada dunia pelajar dan setiakawan. Tahun 2014 telah menyaksikan sejarah kami berkumpul di Batu 24 Kelapa Sawit di daerah Kulai, Johor.

Senarai Rakan yang hadir di Majlis ini


Harulniza binti Amir Hamzah dan keluarga selaku tuan rumah
Nor Azman Mohd. Gauth Mia dan keluarga
Surya Fizuni binti Ahmad dan keluarga
Noraini binti Kasah dan keluarga.
Ros binti Ali dan keluarga
Ruzani binti Siran dan keluarga
Khadijah binti Idris dan keluarga
Suriani binti Sampuro dan keluarga






Segalanya berlalu dengan pantas dan kami dapat rasakan ukhwah semakin erat dan berdoa ianya akan kekal selama-lamanya. Ibarat aur dengan tebing begitulah kami harap ia akan terus terjalin.





Sebahagian memori tersimpan di sini










Acara permainan antara ahli






barbeque time!!



Hadiah-hadiah yang bakal di bawa pulang




PERTEMUAN KEDUA 




Senarai Rakan yang hadir di Majlis ini


Fazidah binti Ali dan keluarga selaku tuan rumah
Nor Azman  Mohd. Gauth Mia dan keluarga
Harulniza binti Amir Hamzah dan keluarga
Surya Fizuni binti Ahmad dan keluarga
Noraini binti Kasah dan keluarga.
Nor Hayati binti Wahit dan keluarga







Perjalanan bermula





Dari Kuala Lumpur





Dari Johor




MAKAN -MAKAN DI TANJUNG LUMPUR












Kenangan di Pantai Beserah

.









Keluarga paling kemas dan bergaya



keluarga Azman




Keluarga Ani




Keluarga Niza




Keluarga Kak Su




Keluarga Ida






Lepas makan nasi Lemak kami pekena mee calong pulak!!















Kami main, kami berbual, kami bertukar hadiah dan gelak ketawa, kami makan dan makan dan kami bersantai serta berjalan bersama-sama. Kami dapat rasakan akan keakraban semakin terjalin dan reunion akan datang pasti lebih menjadi... 

Seronok weh!  terima kasih Puan Fazidah dan Kapten kerana sudi menerima kami dan menjadi host sepanjang reunion kali kedua ini. Terima kasih daun keladi tahun depan boleh dapat Corelle lagi??
Jawab jangan tak jawab!! hi hi